Happy Prepaid

Prabayar Yang Membuat Anda Gembira

Bagaimana mendapatkan Happy SIM starter pack ?

Posted by happy014 di 28 November , 2008

Atas permintaan ramai yg bertanya , di sini aku terangkan cara untuk mendapatkan happy Starter pack.
Ini adalah satu khidmat masyarakat untuk menolong orang membeli SIM happy. Kita bukan nak cari untung dari menjual happy ini. Kita cuma caj RM2 saja caj perkhidmatan utk setiap SIM.

Cara 1. Jika tuan puan abang adik kakak ada mempunyai perbankangan internet dari maybank atau cimb boleh membeli sendiri dari laman web happy. Arahan pengunaan ada di laman web happy. Tuan puan abang adik kakak jimat RM2. Boleh beli satu liter petrol atau kueh 6 ketul.

Cara 2. Jika tuan puan abang adik kakak tiada perbankan internet dari maybank atau cimb kita orang boleh tolong.

Sila pergi ke forum ini atau sila hantar email kepada En yujin

enyj@msn.com

Sila berikan nama / alamat / nombor Mykad / nombor telepon yang betul.
a) Name – nama
b) NRIC – nombor kad pengenalan
c) Birthday – tarikh lahir
d) Race – bangsa
e) Nationality – kerakyatan
f) Gender – jantina
g) Address – alamat SIM happy akan dihantar
h) email – pengesahan pembelian happy akan dihantar ke email ini
i) contact number – Pihak GDEX akan menghubungi untuk menghantar happy

Keterangan lanjut.

Perhatian : Kita orang cuma mengisi borang pembelian dalam laman web happy sahaja. Selepas pengesahan diterima oleh happy, anda akan mendapat email pengesahan dan ID Transaksi. Sebarang masalah atau pertanyaan sila menghubungi Happy People pada talian 0143333800 (8 pagi – 8.00 malam, Isnin – Sabtu).

Segala urusan selepas ini adalah anda dan pihak happy. Urusan kami sudah selesai.

Nombor tidak boleh dipilih. Nombor diberi secara rambang oleh pihak happy
Pihak happy akan memberi tahu dalam email bila tarikh happy akan dihantar. Jika tiada sebarang berita pada / selepas tarikh tersebut sila telepon HAPPY dan beritahu ID transaksi
Penghantaran happy SIM dilakukan oleh GDEX. Bukan pos malaysia, pos laju atau ambil sendiri. Penghantaran dilakukan oleh happy bukan kita orang yang buat.
Mat dispatch GDEX yang rajin akan menghubungi melalui telepon samada nak hantar ke alamat yg diberikan atau tuan puan boleh datang mengembil sendiri di pejabat GDEX. Sila berbincang sendiri dgn GDex.
Penghantar GDEX kalau dia banyak kerja dia tak sempat hantar sila berbincang dgn dia orang macamana nak ambil SIM happy.
Kawasan luar bandar Gdex malas nak pergi jadi bincang sendiri dgn Gdex. Tuan puan boleh ambil sendiri di pejabat Gdex
Jika selepas tarikh SIM sepatutnya diterima mat dispatch tak ada hantar, tak ada telepon sila hubungi happy dengan segera. Hubungi happy bukan kita orang.

Alamat pejabat Gdex dan nombor telefon

Alamat pejabat Gdex seluruh negara
Klik pada negeri. Jika Gdex tidak menghubungi anda, anda yang menghubungi Gdex.
Hubungi happy kalau SIM belum sampai pada tarikh yg dijanjikan.
hubungi Gdex kalau nak ambil SIM happy

Semasa mengambil Happy Starter pack

Orang yang mengambil mestilah pemilik berdatar SIM tersebut. Bukan adik abang suami istri anak sedara mara atau terus masuk dalam peti surat.
Pihak GDEX akan mempastikan butiran kad pengenalan adalah sama dgn butiran pendataran happy SIM.
Pihak Gdex tidak akan memberikan SIM Happy jika terdapat keraguan pengenalan pemilik.
Ini adalah arahan happy kepada Gdex.

Selepas mendapat SIM happy

Happy ialah plan berbual yang menjimatkan dari Digi. Ini bukan plan untuk gprs mms
Penjimatan hebat hanya untuk nombor biasa sahaja. nombor 1300 1800 15454 tidak diambil kira.
Jangan gatal tangan menukar plan kepada Super SMS, friend n family, super talk dan sebagainya. Plan Happy anda akan bertukar kepada Digi Prepaid I like. Plan happy anda sudah berakhir. Jika mahu penjimatan hebat berbual happy sila beli happy SIM yang baru.

Lain-lain hal
Happy ialah plan berbual dari Digi. Semua sama macam digi. Boleh guna kod *126# (baki), *128# (bantuan).
Jangan tukar kepada plan digi prepaid i like. Happy anda akan menjadi digi.
happy menggunakan rangkaian digi. Ada hpone yg kurang bagus menangkap rangkaian digi. Sila gunakan hpone yang bagus bukan hpone klon buatan china.

Nombor tak cantik ?
SIM tak boleh digunakan ?
SIM hilang ?
Hubungi happy.

About these ads

2 Respons to “Bagaimana mendapatkan Happy SIM starter pack ?”

  1. syafalia said

    eloo..
    kalau di tganu cmne nk dptkan
    sim starter pack nie..

  2. ieja said

    huhu…..kite nak gak HAPPY….
    tol0ng arr…..

Maaf, borang komen ditutup pada masa ini.

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: