Kelebihan dan kekurangan Happy
DIkirim oleh happy014 di 13 Januari , 2009
Tidak ada plan panggilan yang sesuai untuk semua orang. Setiap orang ada keperluan sendiri. Setiap plan panggilan ada kelebihan sendiri. Plan panggilan happy khas untuk berbual lama-lama.
Kadar murah Teman 20 / 8pax / active 10 / friend & famili ialah 15sen seminit. Celcom blok 20 saat, digi blok 30 saat, hotlink blok 60 saat. Jadi panggilan untuk kurang 3 minit (kurang dari 179 saat) cumalah 45sen saja. Jika menggunakan happy kena bayar 99 sen.
Kadar biasa celcom blue 45sen seminit, plan hotlink-operator lain 49sen, digi i like 36sen. Kadar Xpax gila babi dari 35sen seminit celcom-celcom hinggalah rm2.60seminit celcom-operator lain tidak bersebelahan. Hotlink plan sms/talk/total lebih kurang kadar xpax. Digi prepaid beyond 48sen seminit. Jadi kalau panggilan 3 minit berapa aaah ? lu pikir la sendiri.
Kalau guna celcom blue 3 minit dikira 3minit 20 saat iaitu rm1.50. Guna hotlink kena bayar rm1.96. Guna digi i like bayar rm1.26. pakai happy kena bayar 99sen saja. 2minit 59saat dikira 3 minit. Kalau 3 minit akan dikira blok panggilan seterusnya.
Jadi kelebihan happy ialah untuk bercakap lama-lama. lagi lama lagi jimat.
Happy juga sesuai untuk hantar sms ke rangkaian lain. Setiap sms cuma 10sen saja. Xpax 20sen, blue 15sen, hotlink 15sen.
happy tidak sesuai memanggil tnb 15454, 1-800 bebas tol seluruh negara, 1-300 bebas tol tempatan. Nombor itu percuma menggunakan talian tm atau telefon awam.
Sa berkata
cisss…dh mahal giler…happy buat letak kat tong sampah je la
happy pungkok... berkata
taw xpa…kalo gnie…nenek korg pn xnk gne happy….