Happy Prepaid

Prabayar Yang Membuat Anda Gembira

Handphone sesuai untuk happy

Posted by happy014 di 9 Ogos , 2008

Jika kamu menggunakan digi atau pernah menggunakan talian digi kamu tiada masalah dgn happy. Jika kamu kena cucuk dgn penjual kad prepaid ‘digi kawasan kampung tak ada line’ susah la sikit.

Digi menggunakan rangkaian digi dan bila signal tak kuat autoroaming ke rangkaian maxis atau celcom (agaknyalah). Tu pasal la ia bertukar kepada kecemasan/emergency bukan no service. Walaupun tunjuk kecemasan boleh terima panggilan/sms tapi tak boleh buat panggilan atau hantar sms. Boleh terima saja.

Happy menggunakan rangkaian digi sepenuhnya. Bila tunjuk kecemasan/emergency pemanggil diberitahu ‘nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi’. Bila memasuki rangkaian digi semula penerima akan mendapat pesanan sms ‘u got miss call from xxx-xx’.

Apakah hpone yg sesuai untuk happy dan digi ?

Semua hpone yg menyokong GSM1800 boleh digunakan. Soal sensitif menangkap signal adalah soal lain. Jika kamu tinggal kawasan bandar / pekan dan dalam lingkungan 3km dari menara pemancar semua hpone boleh digunakan.

Tapi jika kamu tinggal 5km dari pemancar digi kamu perlukan hpone yg very strong GSM1800 signal reception. Lazimnya jika kamu dalam kawasan 5km bermakna kamu berada ditengah-tengah 2 atau lebih pemancar digi. Hpone akan sentiasa bertukar network dari pemancar A B C D. Bila signal berada diparas lemah, ia akan berpindah ke pemancar lain. itu pasal la sekejap ada sekejap tak ada.

jika kamu mencari hpone yg kuat GSM1800 signal reception, carilah old school nokia. Nokia DCT-4. Contoh 3210 3310 3100. hpone dulu dibuat oleh hardware engineer, hpone sekarang dibuat oleh software engineer. Dahulu menara pemancar jarang-jarang 10km satu, sekarang rapat-rapat. Nokia generasi sekarang lebih kepada trend.

Walaupun nokia dulunya digelar RF king, bukan semua asal jenama nokia reception GSM1800 bagus. Ada juga yg teruk.

Penerimaan GSM1800 digi/happy sensitif. Tutup saja sebelah bahagian antenna, signal akan merundum turun. GSM900 maxis, celcom, u-mobile tak ada masalah. Bukan hpone tu bagus tapi signal 900mhz lebih tahan lasak. Tambahan pula celcom sudah menambah banyak menara pemancar baru seluruh pelusuk luarbandar. Dicampur pula dgn menara pemancar mobikom dan tm-touch yg sekarang menjadi milik celcom.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: